Tuesday, August 24, 2010

E-Novel JAUH DARI CINTA

Assalamualikum n Salam 1 Novel... he3
   

Selepas Biarkan Cinta Hadir, Secangkir Kopi Rindu dan Cinta Dari Istana. AH kali ini muncul lagi dengan karya baru. Akhirnya AH membuat keputusan utk mempublishkan novel baru AH ini lebih awal memandangkan AH tak rasa AH boleh siapkan manuskrip JAUH DARI CINTA (JDC) sebelum bulan 12 kalau tak kena ketuk n dipaksa menyiapkannya. Jadi AH ambil langkah drastik ini supaya ada pihak2 diluar sana berjaya mendesak AH untuk menyiapkan manuskrip JDC ini dengan segera sekali gus melengkapkan jadual penulisan AH buat tahun 2010 ini. Al-maklumlah AH ni cukup lembap dlm karang-mengarang ni..he3
Terima kasih daun keladi buat semua pembaca yang sudi untuk terus mengikuti karya-karya AH yang tidak sebaik mana, insya'allah walaupun manuskrip JDC ini belum disiapkan sepenuhnya (Baru 1/4 ja..ha2) tp AH akan cuba menyiapkannya scpt mungkin..cumanya AH mengharapkan komen membina drpd pembaca2 diluar sana supaya AH dpt memperbaiki mutu penulisan AH yang masih pada tahap bawah lagi. Hu3..nak tak nak, anda semua terpaksalah menjadi juri profesional untuk karya AH kali ini.

JAUH DARI CINTA
Insya'allah hujung minggu ni AH akan  masukkan beberapa bab awal. So sementara tunggu hujung minggu tiba AH nak anda semua dpt gambaran awal tentang novel JDC ini k. 

Pernahkah anda jatuh cinta? Pernah? Bagus! Tapi adakah cinta anda dibalas atau anda hanya mampu menjadi  sang pencinta yang setia tanpa sebarang balasan? JDC mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Nysa Nur Sakinah...Dia jatuh cinta pada abang angkatnya sendiri dalam diam...Lantas atas keyakinan cinta yang lahir dari dalam diri bahawa itu merupakan cinta suci, Nysa dengan penuh yakin menyatakan perasaannya itu pada abang angkatnya iatu Farish Aqil. Namun apakan daya, hati Aqil bukan milik Nysa. lalu Nysa menanggung beban cinta dalam jiwanya sendirian.

Hari demi hari berlalu, Tahun demi tahun berganti, namun Nysa sedikitpun tidak mampu menghapuskan cintanya, lalu lamaran demi lamaran yang datang, hanya dipandang sepi dan ditolak mentah2 oleh Nysa. Keluarganya menjadi binggung. Namun sampai bila Nysa mampu menangkis setiap bingkisan suci yang dibawa untuknya. Dan apabila masanya telah tiba, Nysa tidak mampu lagi menjadi musuh kpd takdirnya sendiri, akhirnya satu lamaran terpaksa diterima dengan hati yang tawar...lebih memeranjatkan lamaran itu datangnya dr insan yang amat didambakan selama ini. Nysa tertanya-tanya, apakah yang berlaku sebenarnya? Benarkah cinta Aqil miliknya? apakah penantiannya selama ini berbaloi belaka? 

Anda rasa apakah yang berlaku sebenarnya? he3 untuk kisah lebih lanjut..nantikan JAUH DARI CINTA akan datang... Terima Kasih! c u soon....

Monday, August 9, 2010

Bulan RAMADHAN, Hadiah terbesar daripada ALLAH utk umat Nabi Muhammad Saw

Awalan...
Assalamualaikum, ahlan wa sahlan kpd anda yg masih sudi berkunjung ke Blog AH. Kali ni, AH stop seketika menulis en3 ttg hal2 duniawi ni. Sebab apa? sebab skrg ni kan kita dah masuk bulan penuh keberkatan, bulan penuh cahaya & bulan penuh dengan hidayah-Nya. Bulan Ramadhan... Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang menghirup udara di malam Ramadhan. Semoga juga kita masih terus diberi peluang utk menghidupkan malam2 Ramadhan sehingga tibanya detik akhir Ramadhan pada kali ini. Semoga juga Ramadhan kali ini merupkan Ramadhan terbaik yang cuba diusahakan dengan penuh rasa insaf, tawaduk dan istiqamah.

Tanpa Kita Sedar...
Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah SWT mensyariatkan agar umat Nabi Muhammad Saw utk menunaikan fadhu puasa? sedangkan umat nabi2 lain tidak diperintahkan utk berpuasa sama seperti kita pada hari ini? Apakah Allah SWT sengaja membiarkan kita berlapar di bulan Ramadhan? Sudah pasti TIDAK! AH tak perlu terangkan fadhilat2 berpuasa dari sudut kesihatan kerana AH yakin anda lebih pakar dan bpengetahuan luas tentangnya. Tapi kali ini AH cuma nk berkongsi sedikit pengetahuan mengapa ALLAH memerintah kita untuk berpuasa di bulan RAMADHAN. Mungkin anda tahu tentangnya dan mungkin juga ini merupakan ilmu baru utk anda. Diposisi manapun anda, semoga saja en3 AH kali ini membuka pemikiran kita, menyedarkan kita bahawa sesungguhnya kita selalu saja BERBURUK SANGKA pada Zat Ar Rahman dan Ar Rahim ini.
Hadiah dari ALLAH SWT....
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahala yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga. Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. Tidak mungkin bagi kita yang purata umur sekitar 60-70 thn ni mampu mengerjakan ibadat setanding dgn umat2 terdahulu yang hidup bertafakur dan bertahmid kepada ALLAH SWT beratus-ratus dan beribu-ribu tahun. Jika begitu apakah kita akan mendapat tempat disyurga dengan hanya bekalan amal ibadat setakat 60-70 thn (itupun jika kita sememangnya beribadat sejak kecil).
Justeru, ALLAH mengirimkan hadiah yg tidak pernah diberikan kepada mana-mana umat sebelum ini. Hadih istimewa buat Umat Nabi Muhammad SAW. Agar hamba-hamba ini sedar bahawa ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mendengar. Dan malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan. Jadi cuba-cuba menghitung ganjaran amal yang mungkin kita peroleh di bulan Ramadhan ini. (So kena rajin2 beramal dan capai pahala beribadah berartus2 tahun)
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5) .
Hadiah inilah yang harus direbut oleh kita andai kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk berada di dalamnya. Kita terlalu lemah iman, terlalu kufur nikmat, terlalu cintakan dunia. Jarang sekali kita melihat apa yang dihantar dan dikurniakan oleh-Nya kepada kita dalam bentuk nikmat tetapi kita selalu hanya memandang bentuk-bentuk dugaan yang diutuskan oleh-Nya sehingga kita hanya tahu menyalahkan TAKDIR. sedangkan tidak ada siapa yang mampu mengubah takdir melainkan diri kita sendiri. Dikesempatan yang penuh dengan wangian syurga ini, marilah kita kembali merebut hadiah yang dikirimkan oleh ALLAH buat kita semua. Semoga ketika kita kembali bertemu dengan-Nya seperti mana perjanjian kita dengan-Nya, akan ada kuntum-kuntum iman yang mampu kita persembahkan kepada-Nya.

p/s AH Mengambil kesempatan ini utk mengucapakan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan...Biarpun kita bukanlah hamba yang sehebat mana, namun kita wajib untuk memperbaharui dan mempertingaktkan iman kepada-Nya. Mohon maaf dari AH dari hujung sulaman benang hijab hingga ke hujung jari... Jumpa di en3 seterusnya... Selamat Beramal :)